Hi Semua,Apa khabar saudara-saudari sekalian? Semestinya anda semua masih dalam 'mood' berhari raya bukan? Maafkan saya kerana tidak sempat untuk update blog ini untuk jangkamasa yang agak lama (seminggu lebih saya rasa). Dengan kehadiran ramadan yang baru sudah ini, saya akui agak kalut sedikit kerana banyak kerja yang perlu saya habiskan sebelum bercuti raya (kesian saya, belum cuti raya lagi sebab kena standby kerja masa raya huhu). Namun, apa yang pasti lebih banyak kerja menanti selepas hari raya ini (tempahan kad kahwin pun makin bertambah, Alhamdulillah). Terima kasih untuk anda yang sangat-sangat menyokong saya. Apa yang pasti, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anda. Dan... untuk kali ini sekali lagi saya bawakan satu kad berlaminate yang pastinya menarik minat anda semua untuk membelinya ;)
Untuk kad jenis kali ini, harga yang ditawarkan masih sama iaitu: RM 0.80 sekeping untuk 1000 keping. Kad jenis kali ini adalah berlaminate (kaedah sama dengan kad sebelum ini, cuma design saja yang berlainan).
Oleh itu, sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar emel kepada saya di byter.es@gmail.com dan reply dijamin dalam masa kurang dari 24 jam :)

0 ulasan:
Catat Ulasan