Khamis, 18 Oktober 2007

Kekeliruan

Saudara-saudari pembaca,

Ramai yang memberitahu saya terdapat kedai-kedai atau website yang menawarkan kad kahwin yang cantik pada harga yang rendah. Ok, untuk pengetahuan anda semua, design yang cantik TIDAK menjamin kualiti kad yang digunakan. Artwork yang cantik boleh direka oleh designer-designer yang berpengalaman, namun adakalanya kedai-kedai menggunakan digital printing untuk print kad-kad kahwin tersebut. Dan saya ingin memberitahu anda, bahawa menggunakan kaedah tersebut, hasil yang diperolehi tidak memuaskan hati.

Untuk pelanggan-pelanggan saya, semuanya saya gunakan kaedah offset printing yang mana hasil yang diperolehi sangat cantik dan kekal lama. Untuk kaedah offset printing, anda perlu membuat 'plate' dan 'film' sebelum print. Dan biasanya masa yang diambil untuk proses membuat plate dan film tersebut memakan masa hampir sehari sebelum ianya boleh di cetak. Namun sekiranya menggunakan digital printing, mereka boleh terus print dengan menggunakan printer, dan dapatkan anda bayangkan hasil kaedah print menggunakan printer? Ya, tidak CANTIK dan tulisan yang ada akan timbul di atas kertas (anda boleh rasa tulisan yang dicetak menggunakan kaedah digital printing).

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli kad-kad di kedai yang menawarkan harga yang murah (berbanding saya), tanya dahulu adakah mereka menggunakan offset printing atau digital printing? Sekiranya digital printing, lupakan sahaja kad tersebut, atau anda akan menyesal seumur hidup anda (Ya, kahwin hanya sekali sahaja haha ;p so jangan 'gamble' untuk kad yang murah tapi tak cantik!).

Itu sahaja untuk kali ini, sehingga jumpa lagi, salam hormat untuk semua :)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah berapa lama u buat design?. Bukan ke mahal kalau print guna digital printing kalau nak dibandingkan dengan offset...

otai printing berkata...

tau takper... mcm tak kenal mesin jer... bro kos digital sesuai dengan kuantiti rendah, offset kuantiti yg banyak... kalau kad kahwin tu kira 1000 pcs ke atas..

gua punya mesin digital paling murah pun rm 28k :)