Khamis, 8 November 2007

Tempahan Saat-Saat Akhir

Hi saudara/i pembaca,

Wah, sudah lama saya tidak update di laman ini. Jangan risau, saya tidak kemana-mana, apatah lagi ada sesetengah pembaca yang menghantar emel kepada saya bertanya sama ada saya sudah berhenti membuat kad kahwin (haha, tidak sangka pulak agak femes saya ni ;p). Sebenarnya, selepas saya pos gamba kad VIP dan Matt Laminate, saya mendapat order yang sangat banyak. Dan rata-rata membuat tempahan saat-saat akhir. Tidak menang tangan saya dibuatnya.

Untuk anda yang ingin menempah kad kahwin, jangan tunggu sehingga sebulan nak kahwin baru nak tempah. Itu adalah satu langkah yang sangat-sangat tidak bijak. Kenapa? Baiklah, saya listkan sebab-sebab kenapa tidak boleh buat tempah saat-saat akhir:
1. Sesetengah kedai/pembuat kad kahwin tidak mahu terima tempahan saat akhir. Menangis anda kalau hanya terpaksa print sendiri kad kahwin (Ya! Jangan gelak bila saya katakan ini. Ianya pernah terjadi, dan mungkin akan terjadi kepada anda sekiranya tidak beringat-ingat).
2. Tempahan saat akhir selalunya dibuat secara ala kadar sahaja (cukup makan jelah) janji ada kad. Mungkin final product nanti tak berapa memuaskan hati, betul tak?
3. Tidak cukup masa untuk survey kad-kad yang ada di pasaran untuk match dengan tema kahwin.

Oleh itu kawan-kawan, jangan tempah saat akhir OK? Saya harap bagi anda yang telah bercadang untuk kahwin awal tahun hadapan, boleh segera tempah sekarang. Oh ya, tempahan untuk tahun ini telah semakin habis. Saya mungkin tidak akan terima lagi tempahan untuk bulan 12 kerana ada beberapa slot saya mungkin akan reserve untuk 'kawan-kawan' dan juga client 'VIP' saya (jangan mareh hehe...)

Sehingga jumpa lagi, Assalamualaikum wbt.

0 ulasan: